Salah satu tumpuan, berkenaan dengan kesepadanan gaji, atau gaji minimum rakyat di negara ini.<br /><br />Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meluahkan kekecewaan kerana segelintir majikan didapati menawarkan gaji tidak setimpal dengan kelayakan dan skop kerja yang perlu dilakukan oleh rakyat tempatan.<br /><br />Untuk berbincang lebih lanjut, kita bersama Exco Majlis Belia Malaysia, Fauzi Fadzil di talian.
